Sunday, October 5, 2014

:(

Assalamualaikum. Hampir sebulan tidak menjengah ke laman ini. Hari ni aku ke hospital. Melawat rakan yang dimana ibunya sakit. Hati ini melonjak. Darah menderu. Ku fikir ibunya biasa biasa sahaja masih boleh mendengar. Memberi kan respon. Namun aku cuma mampu melihat kerdipan mata dan juga wajah suci seorang Ibu. Saat itu, aku terbayangkan Ibu di rumah. Apakah yang aku inginkan lagi di dunia ini jika Ibu ku masih mampu menyibukkan diri di dapur dan bertanya kan "Aishah nak Ibu masak apa balik raya haji ni?" Ah manusia. Seperti aku. Mudah lupa. Malah masih mengeluh mengapa kita masih tidak lagi gembira. Walhal kehidupan kita, kehidupan aku sebenarnya sudah punya segalanya. Ibu masih sihat. Masih mampu membebel tatkala aku bangun ketika matahari sudah terik atas kepala. Menghulur dua tiga keping nota biru sebelum aku kembali ke universiti. Merungut tentang bulu kucing yang makin panjang dan berselerakan di luar rumah. Ataupun mencubit aku apabila aku mempraktikkan sifat malas di uni sehingga ke rumah. Ahh wang tidak boleh beli segalanya. Aku sedar aku perlu berpijak di dunia yang nyata. Menghargai mereka yang ada di kala diri hilang arah. Malah berterima kasih kepada Allah atas segala galanya. Kepada sahabatku Hafizah. Aku doakan yang terbaik untuk Ibu anda. Sesungguhnya Allah akn melindungi dirinya Insyallah kerana kau adalah seorang anak yang solehah. Yang selalu cekal dan tabah walhal jika aku berada di tempatmu, pasti aku sudah tidak mampu menahan air mata. Ibu adalah permata, walau kemana pon kita pergi, kita melangkah, mereka wajib bertakhta dan menjadi yang pertama di sanubari. Tersentak dari tidur yang lena, aku panjatkan kesyukuran kepadaNya. Terima kasih kerana diri ini masih lagi mampu merasa dan memberi rasa. Wallahualam. Salam Aidiladha.

No comments:

Post a Comment