Saturday, September 6, 2014

High 5!

Kitaran kehidupan merupakan lumrah yang perlu dihadapi bagi setiap mereka yang bernyawa, tatkala ku duduk sendirian, kadangkala fikiran ini jauh melayang, sepanjang 21 tahun melalui melodi kehidupan ini, apa perkara yang paling membanggakan pernah ku sumbangkan kepada keluarga, agama,bangsa dan negara, impian di hati ini tinggi mengunung, memadai kah usaha yang selama ini ku taburkan untuk aku megah berkata ku korbankan segalanya bagi mencapai cita-cita ini?


Hari berganti hari, minggu bertukar bulan, bulan menjejak tahun, usai masa berlalu, diri ini terus berdiri, terus berlari. Jatuh tersembam, ku bangun kembali, kerana impian di tanam di dalam hati masih lagi terus marak berapi. Usia ini terus meningkat, masa berlalu nan pantas. Kehidupan ini yang telah kupilih, akan ku habiskan apa yang sudah ku mulai, akan ku genggam cita-cita nan satu. 

Setiap hari, pelbagai karenah manusia dapat ku perhatikan, darinya ku belajar untuk menilai dari sudut pandangan diriku, ada yang membuat ku melopong kagum, ada pula mereka yang menjengkel,memualkan, ada yang baik di hadapan, menikam tatkala kita menoleh kehadapan. Manusia, alpa dalam mengejar cita-cita,tanpa disedari semuanya tertanam, terkubur begitu sahaja, Ku berdoa padamu Illahi,dengan nama Allah yang maha agung, aku akan terus mengorak langkah berlari. Kerana, aku masih jauh darimu. jauh nun di sana. Bawaku menjumpai bahagia yang ku cari selama ini.


Selamat menempuh semester kelima wahai pemilik blog Bisikan Hati ini. Bakal menjengah awak apabila punyai masa yang terluang. Semoga segala aspek lebih baik serba serbi untuk semester baharu ini. Tidak sanggup lagi menempuh azab seperti semester lalu. Bismillah. Semoga Allah permudahkan. Amin
.

No comments:

Post a Comment