Friday, August 1, 2014

BAHASA


Saya baru balik cameron highlands. Bercuti di sana. Itu sebab gambar ini saya letak sebab saya sangat suka itu tempat. Betul laa orang cakap gambar candid terbaik. Alkisah raya tidaklah seperti yang dicanangkan oleh kebanyakan umat Islam yang mengatakan indahnya lebaran samada miskin mahupun kaya. 

Kerana meriahnya lebaran atau syahdunya lebaran itu bergantung pada situasi yang kita alami, keberadaan kita dalam hubungan kekeluargaan serta nilai kesyukuran yang telah kita panjatkan kepadaNya sepanjang kita bernafas di bumi ini. Aidilfitri bagi diri Nur Aishah sudah tidak lagi memberikan apa apa erti. Bukanlah tidak bererti sepenuhnya tapi ia lebih kepada keadaan yang sama dimana hari hari biasa berlalu. 

Mungkin kerana Nur Aishah itu tidak kenal erti bersyukur, menikmati apa yang sedia ada dimiliki ataupun dia mendabik dada dengan kata kata dusta dan mainan dunia. Ya mungkin diri Nur Aishah sudah pun hilang ditelan peritnya masa lalu dan dia sudah terlalu penat untuk menghadapi hari muka.

Haha semua orang boleh ketawa. Tapi diri ini rasa ini jiwa ini perasaan ini dia yang kena dia yang tanggung. Benar kita tidak akan pernah kenal erti sebenar sehingga ia berlalu, berlaku dan membengkakkan nanah. 

Sudah 4 semester ditempuhi. Adil langkah ditempa. Diolah. Kawan kawan baru bermacam muka, rupa dan suara. Apatah lagi ragamnya. Nur Aishah punya kawan yang dia anggap bermakna namun dia semakin hilang punca kerana ia tidak lagi mencerminkan rasa. 

Ah bukan salah sesiapa kerana Nur Aishah itu jiwanya musnah, rosak, perangainya hodoh apatah lagi keperibadiannya. Ego itu bisa menjalar dalam setiap urat nadi manusia yang boleh bernafas, tapi ia bukan menentukan sesuatu itu perlu dilaksanakan ataupun sebaliknya. 

Mungkin telah banyak hati ini mati kerana lupa, alpa, ber-rajakan emosi dan duniawi semata. Bila diri tidak bahagia, mula rasa gundah gulana mencari cari secebis memori untuk mengubat luka. 

Sungguh kekasih itu perlu, sahabat juga perlu, akademik juga perlu, semuanya perlu. Jika ikhlasnya tiada, maka rosaklah aslinya. Jika kerana terpaksa, hauslah ia. Diri Nur Aishah begitu kerdil, dia sedar banyak sudah berlalu meninggalkan langkah namun diri masih disitu. Kalau punya masa, pasti semua itu berubah. Alkisah. 

Sudah 21.Namun masih merangkak. Apakah?

No comments:

Post a Comment