Sunday, July 28, 2013

KEMBALI

Assalamualaikum. Fuiiii lamanya ta habdate blog Bisikan Hati ni. Tuptup dah dekat 5 bulan. Sedihnya anak ibu kena tinggal. *Tangan sibuk membersihkan sawang sawang spiderman yang melekat di bingkai gambar dan tepi tepi dinding* Maaf aku meduakan kamu sayang. Twitter lebih menarik. Hihiw But whatever it is. Menulis kat blog lagi syahdu perasaannya. Harap pembaca yang merindui ku tidak jemu jemu menjengah laman yang tidak berusik ini. Eyy tak perasan okay. Ada orang tanya I tau kat ask.fm/ echaweyy tau bila I nak hubdate blog. Hambik kau retis gitu. Hehe Okay okay. Serius time.

Alkisah hidup. Bulan 6 haritu berakhirlah secara official kehidupanku di universiti buat tahun pertama. Macam yeye jaa tahun pertama pon nak post debomb gitu. HAA Alhamdulillah kehidupan berjalan dengan lancar dan aku masih lagi dapat berdiri dan menghembus nafas di bumi pinjaman Allah ini. Result pon baru sahaja keluar. Hambik kau memang zas terkejut. Wtv pon. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Aishah yang lama pon dah bertukar kepada Aishah yang baharu. 

Perubahan itu merangkumi dimana aku tidak lagi perlu berfikir panjang dalam melakukan sesuatu perkara itu akhirnya aku merasai kebebasan yang mutlak dimana aku bebas untuk menelaah dunia dari satu perspektif yang baharu. Bukan mahu menunding jari kerana aku merasakan apabila kita masih lagi merupakan insan yang sama sebagaimana kita setahun yang lepas, maka rugilah kita kerana kita tidak menjadikan pengalaman itu satu platform untuk berubah ke arah kehidupan serta matlamat yang lebih baik. Janganlah kita berubah kerana seseorang mahu kita berubah tetapi berubahlah dengan niat untuk menjadi yang lebih baik dan bukanlah kerana kita ingin mencapai sesuatu dengan cara berpura pura. Walau apa pun aku semakin menjadi manusia sekarang. Dulu bukan lah haiwan tapi mungkin tiada sedikit nilai kemanusiaan itu. Wallahualam. 

Btw, lupa nak mention eh nak cakap diri ini kena chickenpox ayam pox pox yang ditakuti oleh ramai dewasa yang tak kena lagi. Akhirnya ia menjengah dan singgah di tubuh badanku setelah dua puluh tahun dua bulan penantian jiwa raga tersiksa menunggunya tiba. Betul lah kata orang tua tua bahawa apabila didatangkan penyakit baharu kita dapat melihat siapa yang ada dan siapa yang lari pecut ke tempat lain. Ku akui bahawa cukuplah kita mempunyai satu atau dua kawan yang benar benar sanggup membantu dalam suka dan duka daripada seratus lima puluh juta kawan yang bukan kawan yang sebenar benarnya. 

Apa apa pun aku rasa amat sihat selepas chickenpox pulih dan selepas membanting tulang empat kerat di dalam dewan peperiksaan final aku akhirnya lega. Selega leganya. Dan diri ini bertuah kerana terpilih untuk menjawat jawatan dalam seketariat sukan Majlis Tertinggi Mahasiswa di kolej. Mungkin inilah masanya aku berjinak jinak dengan rakan semakhluk dan mengguna pakai segala pengalaman dan menyimpan segala ajaran yang bakal aku hadapi nanti. Semoga ini membawa diriku kepada satu era yang lebih bermanfaat dan jitu. Wah wah tiba masanya ku mengundur diri. Nak tidur nanti terlajak sahur. Nampaknya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati olehNya. Amin. Maaf atas segala keterlanjuran kata. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment