Sunday, July 28, 2013

Jauh di sudut hati


Dalam dunia ini
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kita bersendiri
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita .

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat
begitu juga dia
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita .

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya
Bagi kita
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati .

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya ?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa . tetapi kita sering terlupa
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa ada
di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia .

Dia mendengar luahan perasaan kita
segala rasa kecewa dan ketakutan
harapan dan impian kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah .

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita
Hingga kadang-kadang terlupa tentang cerita dia
mungkin dia ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita .

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya ?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita ?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya ?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah ?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai
kita boleh dijadikan tempat untuk dia bersandar ?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan
Kerana dia juga seorang
dia juga ada rasa takut
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan .

Jadilah kita kawannya itu
Kita selalu melihat dia ketawa
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.



Tetapi jika kita cuba untuk menjadi seperti dia

Mungkin kita akan lebih menghargainya.

Kepada setiap insan yang mengenali diri ini .

Maaf kerana tidak menjadi yg terbaik
Jika ketawaku terlalu sedikit untuk anda

Jika perhatianku terlalu kurang untuk anda
Jika sy selalu membuat anda menangis
Dan sy bebani pulaa dgn masalah lain
Mmg sumpa sy tak bole kira berapa kali 
Percakapan ini telah menyakitkan hati anda

Namun begitu anda sentiasa ada
Dan selalu memberi yg terbaik anda mampu lakukan
Maafkan diri ini yang kekurangan
Semua jasa baik dan kesudian anda berkongsi  
Hanya mampu dihargai dgn ucapan terima kasih
Semoga Allah memberkati anda selalu.
AMINN.

No comments:

Post a Comment