Thursday, February 14, 2013

AKUI


Salam ukhuwah fillah buat sahabat seperjuangan. 
Secebis ingatan di kala insan kealpaan. 
Tersasar daripada landasan keimanan. 
Harap semua sihat sejahtera hendaknya. 
Hati ini jika boleh berkata kata pasti kasar bahasanya.
Seronok melihat orang lain ketawa riang bersama keluarga.
Seronok melihat orang lain keluar bergembira.
Seronok melihat orang lain menikmati cinta.
Seronok melihat orang lain menghargai pasangan.
Seronok melihat ragam dunia warna warni kehidupan.
Namun, di sebalik kemurnian yang nyata.
Terpalit kebenaran secara batinnya.
Jika kemuliaan kegembiraan itu hanya perhiasan semata.
Yang tiada amalan bersisa. MasyaAllah.
Kemungkaran terus menundukkan nafsu.
Dek terasa tiada siapa yang tahu.
Begitulah insan. Bila hati tak takutkan Tuhan.
Aku masih terlalu jauh dari JannahMu.
Aku sedar aku tidak semulia dia.
Adakah itu melayakkan dia menghina?
Mungkin DIA tidak menimpalkan balasan.
Kerana kasih sayang dan ihsan.
DIA terus menunjukkan jalan.
Tika rantai tasbih berguguran, barulah hati merasakan.
Betapa hebatnya kuasa Tuhan, yang menciptakan.
Tetapi beratnya kudrat menahan hanya 
Aku seorang yang tahu. Aku seorang.
Mengapa perlu membandingkan jika 
Mengapa perlu dipertikaikan jika
Mengapa perlu diperkotak katikkan jika
Manusia itu sudah azali berbeza.
Berbeza rupa nasib kepandaian pasangan.
Kerdilnya dunia kerdilnya aku.
Aku tidak layak untuk menasihati.
Menyedarkan insan yang tersilap langkah.
Daripada terjerat ke kancah yang salah.
Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah.
Kerana aku sendiri masih terpesong. 
Masih memperbaiki diri. Masih mencari.
Ketenangan dalam diri. Kegembiraan.
Kini hamba menyedari, betapa kerdilnya diri,
Seluruh alam DIA yang menguasai,
Tuhanku, hamba berserah kepadaMu.
Kuatkan semangatku. Keraskan langkahku.
Tabahkan kudratku. Tingkatkan sabarku.
Tahankan air mataku. Sedarkan mindaku.
Aku inginkan kehidupan gembira itu. Amin.

No comments:

Post a Comment