Tuesday, January 29, 2013


Assalamualaikum. Aku baru berhenti menangis. Basah bantal aku. Penuh dengan hingus dan kahak. Aku bukak laptop aku, aku charge dan aku rasa sebak. Kenapa perlu hidup aku sedemikian rupa? Aku merupakan insan yang paling kuat bersemangat suatu ketika dahulu. Kenapa dunia tak adil pada aku? Adakah patut aku berfikiran sebegitu? Aku tak mintak ada ayah yang memusnahkan masa depan anak anaknya aku tak mintak keluarga yang berantakan aku tak mintak dapat duduk dengan aman seketika malah aku tak mintak hidup aku diselubungi kemewahan dan kebahagiaan. Aku cuma berharap aku boleh hidup dengan normal seperti mereka yang punya segalanya.


Sepanjang hampir 20 tahun aku hidup meminjam kenikmatan bumi sandaran Allah, telah banyak perkara telah banyak insan yang telah pergi jauh dari hidup aku. Ada yang pergi kerana dipanggil menghadap Ilahi ada yang pergi kerana terlalu kecewa dan ada juga yang pergi kerana aku hanya insan biasa. Apakah perlu mencari kesalahan orang sedangkan diri sendiri sudah jelas masih belum ada nurnya? Aku selalu mengingati erti kesedaran dalam diri dan mungkin inilah sebab mengapa aku sentiasa rasa kurang pasti dan nekad dalam memastikan semua orang bisa memiliki hidup yang bahagia walaupun aku tiada dalam sebahagian itu. 



Aku masih ingat lagi kata kata seseorang insan yang pernah memiliki hatiku, hingga hujung nyawa awak tetap akan disayangi. Tetapi apa erti kalau dia sendiri yang pergi meninggalkan. Mungkin dia tahu aku akan bergerak dan menerima tapi kenangan tetap kenangan kan? Kenapa perlu diwujudkan kenangan kalau diri tidak ikhlas dalam memberi harapan? Betul cakap orang bijak pandai, manusia itu unik. Bisa mencairkan dan dicairkan. Kalau macamtu, apa kata bagi semua manusia jadi raja. Siapa yang hendak ikutlah. Kalau tidak, bina negara lain. Hancurkan negara kalau macamtu, apatah lagi manusia. Punya perasaan.



Kalau selalu buat benda bersama sama, saling melengkapi orang cakap. Then tup tup sebab satu perkara boleh merubah segalanya. Jadi asing jadi seperti sampah sedangkan banyak janji banyak harapan yang sudah dilemparkan. Mungkin ramai tak paham kenapa perlu dibangkitkan isu janji harapan kalau sudah tertulis tiada lagi yang boleh diselamatkan antara kita. So, cuba samakan kebodohan dengan pengorbanan. Ada beza ke? Boleh la cakap macam macam masa tengah beremosi, tapi ada anda fikir kenapa anda emosi dan adakah berbaloi jika anda kehilangannya?



Aku hidup tak lama mana tapi aku dah rasa cukup banyak benda. Mungkin tak sebanyak anda tak sekuat anda tapi aku rasa sedih sangat. Aku tak nak hilang lagi siapa siapa dalam hidup aku. Pertahankan percubaan sentiasa ada tapi hasilnya berbeza. Kadang ada boleh terima sebab dia yakin pasti ada peganti. Tapi bagi aku. Semua manusia berbeza dan takkan pernah berganti. Jika aku rasa senang gembira bila mereka tersenyum maka aku sudah mampu merasakan penerimaan itu. Mungkin lebih pasti dengan cara sendiri kerana ia lebih bermakna. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment