Sunday, June 17, 2012

Petang tadi ada seorang kawan text saya cakap macamni " Kau semua ada echa. Muka lawa apa, then pelajaran kau gempak kan. Duit aku tengok macam berisi sebab asyik jumpa aku jaa mesti kau belanja makan. Baik pulak tu then kau suka senyum selalu macam org tak ada masalah langsung. Kira complete laa. Kenapa harini macam ak bermaya pulak aku tengok ? " HAH saya tak rep msg dia sebab if saya rep nanti dia merapu ke lain tapi saya nak komen la kat sini. 


Dia cakap muka saya lawa * dalam hati riak jugaa tapi cover HIHI act saya rasa saya biasa jaa Sebab mata org lain lain. Kalau org tu dah memang if tengok jaa muka ni nampak macam tongkang pecah, tongkang pecahlaa sampai bila bila. If org ni tengok muka saya persis bidadari, jadi bidadari laa saya kat mata dia sampai bila bila. Bagi saya tu perkara subjektif. Okay yang kedua pasal pelajaran saya gempak Wohoo silap tu awak oyy If pelajaran saya gempak dah lama saya dapat empat rata untuk dua dua semester final exam kat matriks dulu. Takpayah dok bersengkang mata 2 3 pagi menghafal biologi formula fizik reaction kimia macam nak mati. Hm saya ni pelajaran biasa biasa jaa Tak ada nak fly sana g oversea scolarship full ke apa ke. Saya org biasa biasa jaa. Ketiga poket memang tebal sebab konon banyak duit. Saya jumpa awak berapa kali dlm setahun memang la boleh belanja. Kalau tiap tiap hari boleh berasap poket saya ni HAH Yang keempat, saya tahu saya memang baik tapi ada ajaa hadnya masanya Kadang kadang jahat saya lagi dari org yang dok ragut beg tangan org tiap tiap hari .Awak ja tak pernah nampak .Kelima, saya memang kuat senyum. Kat org tertentu laa. Masalah jangan cerita la sebab hanya saya ja yang tahu. Tak kuasa dok menjaja masalah saya yang KECIL ni kat masyarakat setempat kan Bukan mereka boleh tolong bagi saya sejuta ke terus atau datang kat depan saya dengar macam nak rak bersungguh kan. 


Itu la manusia yang selalu tengok luaran dan akan terus kekal macamtu sebab itu lumrah manusia. Bukan tak ada yang tengok tembus ke dalam sampai terjojol biji mata dia, Ada tapi sedikit sedikit. Hidup saya ni bagi saya la kan banyak sangat kelemahan jadi apa saya buat ? Saya berlakon la jadi org lain org yang hebat supaya dapat tutup nanah nanah kuping kuping luka yang sebenarnya dlm diri saya ni .Tapi adalah satu masa tak lama dulu saya berhenti jadi org yang hebat tu. Saya jadi diri sendiri. Bila dah jadi tu kan saya rasa lagi hebat rupanya saya bila saya jadi diri saya sendiri. 


Sepanjang saya hidup ni kan ramai org sentiasa berpura pura untuk menjaga hati org lain dan org tu tak buat apa yang dia rasa  nak buat, apa yang dia ada niat kat hati nak buat. Buat apa jaga hati org lain kalau hati kita sendiri tak terjaga. Sama ja macam kita ni cakap kat orang kita dapat straight A tapi sebenarnya dapat 2 atau 3 ja A. Tu pun A tolak. Ramai org ckp kat saya jangan risau aku sentiasa ada kalau kau perlukan aku. Bila kita pusing belakang kan masa kita nak sangat ada seseorg ada untuk kita, hitam jalan kat belakang kita tu. Maksud saya kat belakang saya tu laa. Tak ada kelibat langsung org org yang gah berjanji macam nak apa dulu kt saya. Yela mungkin nasib awak semua tak lah seteruk saya. Ada jaa org yang boleh anda harapkan dikala anda memerlukan. Anda kena hargai org tu. Jangan pernah lepaskan dia pergi. Okay ? *senyum sambil mengesat air mata 


By the way selamat menyambut Hari Bapa buat semua bapa bapa mithali di Malaysia yang menunaikan sepenuhnya tanggungjawapnya kepada isteri dan anak anak kesayangannya. Maaflah saya tak sambut langsung Hari Bapa ni sebab bapa bapa saya setakat ni semua jahanam. Kadang kadang saya pulak terpanggil nak jadi bapa kepada diri saya sendiri tapi tak perlu tukar jantina la kan HIHI Saya cuba menceriakan suasana tapi untuk post kali ni macam tak dapat kot. Maaf semua. 


Tujuan post ni bukan nak berbangga diri ataupun meminta simpati jauh sekali memburukkan sesiapa. Saya bersyukur sangat dengan apa yang Maha Esa dah kurniakan kat saya setakat ni .Kefahaman agama yang baik Result yang okay okay Kesihatan yang mengizinkan saya menjalani kehidupan seharian Ibu yang berkerja keras untuk menyara saya Kawan kawan yang ada time saya happy Kucing yang selalu teman saya. Saya bersyukur sangat tapi mungkin adalah tu silap kat mana mana yang jauh kat lubuk hati ni saya rasa sangat tak bahagia. Rasa sangat tak bahagia sampai perasaan tu menutup terus perasaan saya untuk senyum walaupun seinci lebar senyuman tu. 


Mungkin ada kat luar sana tak paham kenapa perlu macamtu sekali tapi saya tak kesah sebab yang paham pun saya seorg ja setakat ni. Saya complicated, pelik, ego atau cakaplah apa yang anda nak cakap tapi tak ada org pon yang boleh ubah hakikat ni. Sebab kita semua tak ada beza pun. Cuma tengok nasib kita laa macamana kan. Tak selamanya kita kat atas puncak sana. 


Yeah kepada sesiapa yang membaca post ni dan kebetulan mengenali saya, saya nak ambil kesempatan nak minta maaf banyak banyak kalau selama kita kenal saya ada terbuat salah kat mana mana. Kalau boleh ingatlah apa yang baik pasal diri saya. Kalau tak ada yang baik tu, janganlah dikenang yang jahat. Berkumpul dosa dosa saya nanti. Yang rasa ada buat salah kat saya tu, jngan risau sampai berkerut muka tu. Saya marah ingat pun tak lama. Kejap jaa insyallah saya dah lupa, tak adanya nak simpan kat hati ni .Insyallah saya pun tengah berusaha nak jadi budak baik ni. Tak sabar nak masuk U * kalau dapat laa Nak cari org org baru dlm hidup berkongsi apa yang saya mampu dengan harapan org yang saya cari tu akan saya jumpa jugaa akhirnya AMIN Semoga anda sentiasa diberkati Allah dan bahagia disamping insan insan yang menyayangi anda. Assalamualaikum.




Yang daif, Bisikan Hati.


p/s : Happy belated birthday buat Hensem aka Zati. Sorry lambat wish Salah aku tu. Semoga kau sentiasa dipanjangkan umur dimurahkan rezeki okay kawan. Aku sayang kau.