Monday, June 4, 2012

LTNS

Well saya sudah kembali semula :D Assalamualaikum kepada semua yang merindui saya HIKS Kepada siapa siapa yang tak tau lagi kemana saya menghilang act saya mengabdikan diri lebih kurang dua minggu di Kolej Matrikulasi Johor sebagai fasilitator sempena Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2012/2013. Nak kata seronok memang la seronok kan tapi kaki ni macam dah tak rasa ada tapak kaki tau tak. Penat gilaa sampai tak tergambar oleh kata kata * ceh kan ayat aku dah start dah HIHI Untuk pengetahuan sesi yang mendaftar kali ni paling ramai dalam sejarah KMJ iaitu melebihi 2500 orang adik adik yang bakal menjadi mangsa alam matrikulasi yang kejam berhati keras ini bagi dorang laa kan tapi bagi saya matrikulasi ini sangat best tau ! Tuhan jaa yang tau betapa sayangnya saya kat matriks Johor tu Sobsobsob :( Masa hari last tu nyanyi lagu Persada Gemilang buat kali terakhir, tetiba berderau darah ni rasa sayang nak tinggalkan alma mater tempat saya berperang nasib dan masa depan saya dalam masa setahun Arghh Berbalik kepada cerita MPPB adik adik yang baru masuk tu semua best best siap ada yang cium tangan segala kan time bertembung harap harap laa dikekalkan santun itu sepanjang program pengajian ye adik adik oyy HIHI takkan punya kot sebab nanti masing masing dah naik bulu sama la macam saya dulu kan * terlebih sudah kan Rasa best laa melayan karenah dorang semua ada nangis nangis la apa laa Yelakan first time duduk asrama Mula mula datang memang rasa kekok tapi lama lama syok wohhh HAA untuk makluman Gambar budak tak lawa tapi comel kat bawah ni merupakan fasi terbaik yang pernah dilahirkan KMJ tau HIKS


^
^

^
^


^
^

^
^
^


HAHA perasan gilaa kan saya ni Lantak la blog saya kan -.-

Dipendekkan cerita banyak yang saya belajar sepanjang dua minggu kat sana. Penat, mengantuk, kerjasama, sabar, menghargai, berkongsi, kasih sayang, setia dan paling penting tanggungjawab. Terima kasih kepada 95 barisan fasilitator dan fasi 20 yang terdiri daripada Ajk Japim. Insyallah nanti post akan datang saya akan upload montaj dengan gambar gambar lain. Kbye Semoga anda semua dirahmati Allah selalu Assalamualaikum