Monday, June 4, 2012


Aplikasi Semakan Keputusan
Peperiksaan Matrikulasi Online

Kolej-Kolej Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Isikan USERID anda:
Nota: Format USERID: NO.MATRIK + 6 DIGIT terakhir dalam No.k/p ,
Contoh: MA0455527085026295


SUBJEK
GRED
MATEMATIK
A
4
BIOLOGI
A
4
FIZIK
A
4
KIMIA
A-
3.67
BAHASA INGGERIS
A
 4
PNGS1
3.77
PNGS2
3.91
PNGK
3.84
STATUS
LULUS


Paparan keputusan ini adalah untuk tujuan makluman sahaja dan ia tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Kesahihan keputusan yang dipaparkan ini tertakluk kepada keputusan sebenar yang akan dicetak di atas transkrip rasmi yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kemudian.



ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRAT ILAHI itu jaa ayat kebesaran yang mampu saya ungkapkan bila tengok keputusan di atas ni. Masa tengok ni terbayang semua muka muka orang yang sentiasa berada di sisi saya menyokong saya sehinggalah hari ini Ya Allah kau rahmatilah kehidupan mereka Sesungguhnya mereka ini sangat baik padaku AMIN Menangis hati ini bila tengok result tu Rasa macam bersyukur sangat Tak sangka itu kemestian laa sebab saya target tak laa tinggi sangat untuk semester 2 yang ni siap subjek " KESUKAAN " iaitu Bahasa Inggeris dapat A lagi kan HIHI Tujuan post ni bukan untuk berlagak atau takabur tetapi untuk mengingatkan anda dan diri saya sendiri bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ni kalau kita sudah pun mencuba yang terbaik. Jangan laa rasa rendah diri sangat sampai bawa kesan kepada diri sendiri. Akhir akhir ni saya buat kesimpulan sendiri tiada apa yang mampu mengubah nasib kita kalau kita sendiri tak cuba untuk mengubahnya seperti yang termaktub di dalam Al Quran. Subhanallah Maha Suci Allah yang mentadbir alam ini Terima kasih diatas segala rahmat dan rezeki yang telah engkau berikan kepadaku. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang tidak putus putus memberikan semangat kepada saya walaupun anda semua sudahpun mempunyai masalah masalah lain selain saya. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas kebaikan anda :)