Tuesday, June 19, 2012


Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali .Eh saya sihat jaa .Jangan risau laa * HIHI perasan orang ambil berat pasal saya -.- Act nak kongsi sikit rintihan rasa saya pasal Agama Islam dan Takdir. Bagi saya la kan kewajipan seseorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Saya amat tertarik kalau ada orang tu penuh ilmu agama di dada. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu sebab saya rasa dah tak ramai orang macamtu sekarang. Maksud saya kat sini ilmu yang bermanfaat laa kan Wallahualam. Melalui ilmu dan amal dapat membimbing kita ke arah kebahagian di dunia dan akhirat Insyaalah hendaknya.

Yang kedua saya amat percaya apa yang terjadi sepanjang saya hidup ni adalah takdir daripada Ilahi. Mungkin esok, lusa atau hari-hari berikutnya mungkin saya akan mengetahui hikmah atas segala kejadian yang menimpa. Saya jugaa percaya segala suratan yang tertulis dalam diari hidup saya adalah yang terbaik. Saya percaya bahawa setiap kejadian yang saya alami tidak kira baik atau buruk akan menjadi anugerah yang paling bermakna dalam hidup saya.

Akhir sekali ternyata, Allah bersama-sama orang yang bersabar. Wahai sahabatku sekalian, anggap segala dugaan, cabaran dan kegagalan yang kita hadapi adalah sebagai penghapus dosa kita sebelum ini. Mungkin dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari. Ramai mengatakan ujian yang menimpa kita menandakan Allah swt sayang kepada kita. Hal ini kerana, Dia tidak mahu kita diazab lebih dasyat lantaran dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Itu bergantung kepada diri masing masing laa. Saya menyatakan pendapat jaa * kira macam bagi kuliah pagi kat anda semua Baiklah jumpa nanti .Semoga anda dirahmati Allah selalu.