Tuesday, June 19, 2012

Arif Firdaus

Lagi dua puluh empat hari genaplah tujuh tahun pemergian Allahyarham Arif Firdaus daripada hidup saya. Dia sangat sangat saya rindui sehingga la sekarang. Lelaki yang banyak buat saya sedar tak ramai malah sangat sedikit orang baik kat muka bumi ni. Betul la orang cakap, orang baik cepat ja kena jemput olehNYA supaya dia ta rasa peritnya hidup kat muka bumi ni. Hm kebetulan da kat entry ni kan. So nak share satu sajak pasal Allahyarham.

Sepi yang mencengkam diri
Memaksaku membuka lembaran baru
Kisah suka duka persahabatan ini
Lantas jejari ini menarikan pena
Mencoret segalanya

Sahabat
Masihkah kau ingat ?
Bukankah tinta pena ini juga 
Yang menuturkan kata
Di saat fatawih perkenalan kita
Barangkali
Takkan terhenti kalimah Alhamdulillah
Untuk kulafaz sepanjang waktu
Tanda syukurku pada yang Esa
Kerana mengatur sebuah persahabatan
Di persada hidup insan
Fitrah kita perlu berteman

Tetapi mengapa kau pergi ?
Saat aku hampir pasti
Kaulah sahabatku yang sejati

Semoga kau bahagia selalu
Dalam meniti menuju firdausi
Kenangan antara kau dan aku
Akan terus mewangi di kalbu.

Hm sedih rasa hati ni bila kawan tinggalkan kita macam tu ja. Tak ada salam Tak ada pesanan Tak ada senyuman terakhir pun. Tapi saya redha. Redha dengan pemergiannya. Sajak atas tu ada saya tulis sikit sikit kat white board Cikgu Basiran masa jadi fasi dulu * tapi tak habis Kepada Fir, saya selalu doakan awak tenang di sana. Insyaalah kita jumpa nanti okay Tunggu masa lama ke tak lama jaa. Terima kasih atas segalanya yang fir dah sumbang dalam hidup ni. Takkan terbalas semuanya.

Yang merinduimu, Nur Aishah Abdullah.