Monday, July 29, 2013

TERKILAN :(

Assalamualaikum semua. Hai. Aku buka laptop online dan terus log masuk blog. Dengan hati berkecamuk tangan yang lebam dan perasaan yang bercampur baur. Apa perasaan bila ibu kita dipergunakan ditolak diherdik dan tidak langsung ada ciri kemanusiaan diperkotak katikkan seperti itu oleh seorang yang sepatutnya membimbing dan mengetuai keluarga? Harmonikah sesuatu perkara itu jika apa yang kita dambakan selama ini tidak pernah kita nikmati walau sesaat pun? Alangkah bahagiannya mempunyai ayah yang sering mengasihi menjaga pakai keperluan kita sehari hari dan bertanyakan kita bagaimanakah pengajian kita cukup tak duit dan sebagaimana layaknya seorang ayah itu bertanggungjawab kepada anak anaknya. Aku sedih aku tidak pernah merasai kehangatan kasih sayang seorang ayah. Aku rasa jelik melihat nasib ibu yang sering dipergunakan namun kerana turutnya rasa sayang kepada suami, ibu gagahi jugaa. 

Niat di hati bukanlah untuk mengaibkan sesiapa mahupun meraih simpati namun aku ingin mengingatkan kepada anda semua serta diri sendiri. Jika adanya sesuatu yang baik berharga dan bermanfaat dalam hidup kita. Hargailah mereka seadanya. Memang benar tidak semua yang kita mahukan di dunia ini mampu kita perolehi namun apabila kita pasti apa yang kita miliki itu bisa membuatkan kita tersenyum dan bergembira, maka kenanglah dan jagalah ia ataupun dia sebaik baiknya. Tidak ramai yang mengenal erti sakit perih selagi ia belum hilang dari pandangan. Dan apabila kita kehilangan sesuatu, amatlah payah untuk kita pulih semula kerana ia seperti sudah sebati dalam diri. Melekat kuat di setiap urat nadi. Mula lah kita mencari sebab kenapa apa bagaimana ia boleh terjadi kenapa kita kehilangannya? Kita mula meyakinkan hati mencari sebab yang boleh diterima pakai apabila memori bertamu kembali menghantui diri dan lantas kita terimbau kenangan lama sewaktu dia masih ada. 

Sebenarnya tidak perlu menuding jari ke arah yang tidak pasti kerna ia merupakan diri kita sendiri. Jika dia baik penting buat kita, namun dia tetap pergi mungkin kerana dia tidak merasa dihargai atau dia tidak lagi gembira bersama kita. Pokok pangkalnya kita muhasabah diri dan cuba tenangkan diri untuk lebih berhati hati dalam memberi hati kita pada masa hadapan. Hm susah bila balik beraya berpuasa nak sambut dengan hati riang bersama keluarga saudara mara tersayang. Ada sahaja insiden yang tidak manis berlaku berlanjutan dan memburukkan suasana. Keluarga merupakan perkara terpenting dalam kehidupan seseorang manusia berjaya dan atas faktor keluarga juga boleh merubah tanggapan seseorang terhadap semua perkara. Tahniah dan bersyukurlah anda semua yang memiliki keluarga bahagia kerana ia merupakan kebahagiaan hakiki. Tiada berganti. Aku mungkin tiada rezeki disitu dan mungkin belum tiba masanya lagi Allah menampakkan kebenaran kepada si dia yang keji di mataku. 

Semoga Tuhan ampunkan semua dosa dosaku, dosa ibu ku, dosa mereka yang mempergunakan oraang lain atas sesuatu kepentingan dan juga peliharalah ibuku sebagaimana aku dipelihara sejak dari aku kecil lagi. Wallahualam. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment