Thursday, February 14, 2013

HOLLA SEMUA ASSALAMUALAIKUM. Sihat semua? Lama gak gua menyepi. Sekali post blog hambik kau. Banyak merepek dari fakta. Hidup Alhamdullah.Dah nak balik UPM untuk start sem 2 kot. Macam kejap jaa percutian kali ini. Banyak benda berlaku sepanjang cuti. Kematian ahli keluarga. Dendam. Kemaafan. Keseronokan. Berjumpa kawan kawan lama tak jumpa berjumpa cikgu cikgu yang manabur bakti di matrikulasi dulu. Hampir kemalangan. Melihat dunia dari perspektif baru. Dan kereta baru. 

Laporan praktikal pon baru habis buat. Penat memerah otak mencekik idea memekakkan telinga merebus kamus dewan bahasa pustaka dan merosakkan besta elektronik. Kematian abang ibu. Orangnya sungguh baik dermawan dan sangat menjaga kesihatan dan pemakanan. Makan soya hari hari. Vegeterian dan semasjid dengannya. Tapi ajal rupanya di tangan sebuah motosikal yang terpelanting kearahnya kerana gearnya tidak dineutralkan terlebih dahulu. Koma dan meninggalkan alam fana. Rakusnya manusia meninggalkan dunia. Mayatnya dibakar dan abunya selamat dihanyutkan aliran air di sungai Muar. 

Bagi saya, kemaafan penting dalam diri setiap insan kerana ia merupakan dinding kepada kepuasan diri. Tetapi bila dendam menguasai diri sukarlah untuk meraih ketenangan. Mungkin perlu sauna dan stim baru hati mengelegak minta disejukkan. Panas dunia. Panas akhirat siapa dapat meneka darjah bertrilion gandanya. Minta jauh semua itu. 

Keseronokan kepuasan bila dapat berbakti kepada haiwan haiwan terbiar semasa praktikal tempuh hari. Rasa diri sangat bertuah kerana tidak senasib dengan mereka. Dipinggirkan dibuang dicampak dihina diterajang. Kelaparan. Untungnya aku menjadi manusia yang sempurna fizikalnya. Terima kasih Maha Pencipta. 

Semalam seharian berada di Kolej Matrikulasi Johor. Berjumpa guru guru lama yang amat membantu perjalananku di matrikulasi dahulu. Alangkah indah bila zaman itu sudah berlalu. Bertanya soalan wajibul ghunnah. Kat U mana sekarang dan ambil kursus apa? Ahh azali sungguh soalan itu. Namun aku tidak mungkin berada di U dan kursus itu tanpa ilmu yang mereka curahkan. Terima kasih guruku. 

Terima kasih jugaa kepada peneman setia sahabat deeba syeera kerana sudi datang bersama. Mungkin kita boleh pergi genting pula selepas ini. Haha Juga sempat berjumpa rakan rakan lama rakan rakan fasi yang sudah lama tidak bertembung muka. Tiada yang berubah. Cuma Khai terlebih sikit overnya. Mungkin terlalu merindui aku yang comel ini. Ama Khai dan Zati pastikan anda semua berseronok bersama abang abang kakak kakak alumni itu. Terima kasih jugaa untuk kek coklat muffin yg kecil itu. 

Hampir kemalangan dalam perjalanan balik. Hari hujan tiba tiba brek tidak berfungsi. Hampir 1 inci lagi mengenai buntut Honda kereta mahal dihadapan sebelum brek mula menjelmakan diri. Berpantang maut sebelum ajal. Terima kasih kepada deeba gemok kerana menenangkan diri. Jadi selepas pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang cuti membuka mata sepet ini melihat dunia dari perspektif baru. Mungkin diri cukup bertuah kerana dapat melihat ibu kucing pada hari ini. Mata belum tertutup lagi dan rasa bersyukur. 

InSyaaAllah dunia pasti jadi lebih baik kepadaku nanti. Kereta baru pun sedang berkhidmat dengan setia kepadaku tanpa rasa jemu. Terima kasih Ibu diatas pemberian iu. Jasamu kukenang selalu. Baiklah pembaca budiman setia omel ohsem hensem semua. Semoga berjumpa lagi. Doakan keputusan peperiksaan saya esok okay okay bagus bagus sahaja. Semoga anda dirahmati Allah selalu. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment