Saturday, January 19, 2013

RINDU

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Kesian dah bersawang sawang berlabah labah dah blog bisikan hati aku ni. Astagfirullah. Mesti rindu I kan? Hikhik. Maaflaa saya amat amatlaa busy sebab saya amat amatlaaa sibuk dengan life semester satu kat Upm tu. Sobss Seriusli banyak gilaa assignments banyak gilaa test banyak gilaaa dugaan dan banyak gilaaa kejadian berlaku. Hm rasa nak pecah kepala ni. Huuuu Btw, final exam semester 1 dah berlalu pergi melabuhkan tirainyaa. English hubungan etnik titas animal agriculture biokimia veterinar pengenalan profesyen veterinar masyarakat dan perubahan. 7 paper woot. Kos lain overall 4 atau 5 paper jaa. Banyak betul dugaan. Harap result okay okay jaaa AMIN Kau permudahkanlah dan tenangkanlah hati penanda penanda kertas soalanku. Soal exam pergi buang jauh jauh. K

Seterusnya, pasal crush saya yang tut tutt tuuuuuuuuuuuuuuuuu. Dia dah pergi jugaa. Sobsss Ingat lagi time dulu dulu masa kami bermesra mesraan. Dia datang naik basikal lepas kelas titas malam tu dan kiteorang berbual bual sampai dekat 3 jam. Dia mintak num tel saya senyap senyap. Dia belanja makan aiskrim dengan tengahari. Saling tulis menulis kata kata motivasi dan aspirasi kat lecture note masing masing. Im kat mukabuku sampai termalu sendiri dan banyak laaa lagi. Tiba tup tup dah tak contact. Dia cakap dia ada gf. Baru declare sebulan yang lepas dan dia mintak maaf sangat sangat. Memula tu rasa macam apa jaa. Yelaaaa. Tak pernah kot SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA lelaki macamtu. Ni first time tau tak! Nasib tak sayang lagi. Hm Da da. Soal crush pergi buang jauh jauh.

Ketiga. Pasal kawan kawan baru kat sini. Semua okay rasanya setakat ni. Cuma ada foreigner tu sangat sangat sangat laaa annoying. Seriusli aku tak pernah jumpa manusia tak sedar diri bercakap besar macam tu. Apa dia ingat Malaysia ni dia yang punya? Melalak mcm apa dalam kereta then main ambil kesempatan kat kawan kawan yang dermawan serta baik. Apalaaaaaaaaaa. Duhai. Chinese pulak memeningkan kepala sebab asyik  bercengkerama dengan lecture note dan buku buku tebal yang dipinjam di perpustakaan fakulti. Indian okay. Ada yang gilaaaa riuh tapi tak annoying yang penting.Overall. Semua okay cuma ada laa salah faham sikit sikit. Adatlaaa tu kan. Okay. Soal kawan pergi buang jauh jauh. 

Life semester satu ni alhamdulillah. Nak adapt tu mula mula yang susah sampai demam tapi degree tak naik. Yang penting banyak tengok movie. Harharhar :D  Susah gak laa kos doktor perubatan veterinar ni. Orang asyik cakap kos medic susah susah tapi tup tup hambik kau. Rasakan sendiri. Senang cita. Semua kos susah. Bergantung pada kita sendiri jaa nak interpret cara macamana. Btw, hidup kena diteruskan. Hm ta tau nak melalut apa lagi. Makin lama makin hilang idea nak mengarut apa kat blog ni sebab banyak dah hembus kat twitter dan mungkin otak dah tepu dengan fakta yang tak berapa difahami. Semoga anda dirahmati Allah. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment