Sunday, January 27, 2013

PAWS

Hello Assalamualaikum Warahmatullah semua penghuni alam sejagat. Seperti yang dijanjikan saya akan menceritakan pengalaman saya di PAWS Animal Shelter iaitu tempat praktikal saya selama 5 hari. First tanggapan pergi kat situ mesti PAWS ni bangunan berbatu dan bersimen bersih penuh dengan binatang binatang sihat dan comel ada kemudahan yang baik dan sebagainya yang baik baik sahaja. Tet tet sampai jaa sana. Berubah terus tanggapan aku.


PAWS hanyalah sebuah "BANGUNAN" yang berbumbungkan silikon yang sudah terlalu rapuh, kawasan tersebut penuh dengan lumut, berbau tidak harum dan yang tidak seperti yang aku jangkakan. Pada hari pertama, kami berenam Khai Hafizah Coco Fauzi Nisha and obviously aku mengrooming kucing kucing yang berada di situ. Kami membersihkan telinga, memotong kuku meletakkan ubat flu antibiotik dan beberapa suntikan. 

Kucing kucing kat situ Ya Allah. Ada yang amat lemah luka bernanah di sana sini dan sampai ada satu kandang kecil tu penuh dengan najis yang tidak dibersihkan dan dimuatkan dengan 10 ekor kucing dewasa. Keadaan amatlah daif sekali. Pada saat itu, Hafizah sudah pon mengalirkan air mata. Kesemua kucing kucing disitu memandang kami dengan mata yang sudah tidak lagi bersinar. Seolah olah mereka sudah putus asa untuk mengharap bahawa akan ada manusia baik hati yang sudi mengambil mereka pulang dengan keadaan mereka yang sakit dan tidak bermaya itu. 


Malam pertama sebelum tidur. Aku menangis. Aku benar benar simpati dengan nasib hampir 300 ekor kucing di pusat perlindungan haiwan itu. Apkah nasib mereka apabila tiada insan yang sudi membawa mereka pulang? Sudah tentu mereka akan dimatikan apabila mereka sudah tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Jadi untuk apa nasib mereka dibela? Pusat itu beroperasi tanpa sebarang dana daripada kerajaan dan kita pula sedap menikmati kemewahan tanpa sedikitpun ingin mendalami perasaan makhluk ini. 

Keesokannya kami meneruskan rutin dan kami jugaa melihat satu pembedahan mengeluarkan ovari ataupun dengan nama lain proses memandulkan kucing. Lepastu kami membawa anjing anjing berjalan jalan di luar PAWS. Hal ini tidak menjadi masalah tetapi aku pelik dengan mentaliti segelintir rakyat Malaysia yang memandang sinis usaha badan badan yang melindungi kepentingan haiwan haiwan liar yang berkeliaran. Masa aku bawa anjing berjalan kat luar tu, dua orang yang berada di hentian bus berdekatan berbisik bisik dan memandang aku dengan riak wajah yang macam nak mintak pelempang. Apakah perlu mengeluarkan sindiran sinis sedangkan mereka sendiri tidak mengerti apa itu erti kemanusiaan?


Anjing anjing disitu jugaa tidak lagi galak apabila kami menghampiri. Mungkin terlalu banyak harapan palsu yang diberikan kepada mereka selama ini. Sejujurnya banyak perkara yang aku pelajari di PAWS. Aku tertanya tanya kenapa perlu wujudnya kekejaman kalau adanya kemanusiaan? Pekerja pekerja disitu sedaya upaya cuba untuk memastikan kebajikan mereka terjaga namun adanya kudrat yang ada jika setiap hari semakin bertambah bilangan anjing dan kucing yang dihantar. Benar kata manusia bijak, pengalaman mendewasakan. Namun tiada apa yang mampu kami lakukan buat masa ini. Cukuplah sekadar rasa simpati kesedaran dalam hati yang menjadi bekalan untuk menjadi manusia yang lebih berperasaan. Bukannya membuta tuli tunduk pada duniawi. Wallahualam. 


No comments:

Post a Comment