Saturday, September 1, 2012

Hello UPM :)


Hye hello assalamualaikum semua warga Malaysia sekalian yang membosankan diri melawati laman blogspot   kurang peminat neh. HIHI Saya sihat. Anda bagaimana ? * Angkat kening * Tujuan post kali ni nak mengubat rindu sebelum bertolak ke universiti tercinta Jam 400 pagi nanti. Yelakan. Nanti kat sana ada minggu orientasi Perkasa Putra. Tak tau apa yg gagah perkasanya UPM ni sampai lady gaga semua tu. Yang penting mesti tak sempat mandi, asyik kena tekan tubi, basuh toilet, buat sit up, tembok batu climbing dan pelbagai lagi aktiviti lasak. Then makan pon sehari sekali tu pon roti Gardenier sekeping, yang keras punya pulak tuh -.- Habis jaa aktiviti berpeluh peluh bau tengik daripada armpit yang aromanya sangat memukau selera andaCeh dah macam masuk kem tentera laa pulak kan. Erghh ___ Punyalah teruk gambaran orientasi kat dalam pale hotak kan. HIHI Apa laa echaweyy. Zaman kan dah maju. Mana ada istilah ragging junior. Lagipon kami budak baik baik laa wahai akak akak abang abang senior sekalian :) My name is Aishah and I'm not a terrorist. HAA memang kau banyak merepek echa Err K abaikan.

So perasaan nak masuk universiti bagi saya boleh digambarkan macam perasaan saya masa nak masuk toilet sebab tak tahan nak terkeluar. Nak masuk tu punyalah tak sabar sebab nak tengok banyak tak benda baru yang boleh dihayati. Tup tup muka berkerut sebab rasa tak biasa. Macam nak habiskan cepat. Sampai satu masa. Saya akan berasa lega sebab akhirnya apa yang dihajati iaitu segulung ijazah tergenggam erat di tangan kananku. Ewah kan ayatmuh #### Okay harap anda faham bila saya bandingkan perasaan tu. Kalau rajin cuba bayangkan lak suasana dalam toilet macam saya ceritakan tu macamana. Mesti selekeh perasaan tu HAHA 

Harapan tak banyak. Nak tukar course kalau diberikan peluang. Nak amik Doktor Veterinar punya kursus. Tapi haritu ada jumpa Akak akak doktor dorang pesan pergi cuba nasib jumpa Dekan Fakulti Veterinar dan tunjuk muka bersungguh sungguh kalau ada eyemo lagi bagus sebab nampak real skit air mata keseksaan sebab nak dapat peluang untuk masuk kursus tu tanpa tunggu 2 semester belajar macam nak mampuih. Apa salahnya mencuba kan. Tak pernah rugi apa pon :)

Okay nak kongsi satu benda yang mengundang gerimis di hati sanubari saya tengah malam semalam. Punyala dasyat semangat nih mempacking barang dengan penuh tawaduk dan syahdunya tetiba teringat nak cari dompet kesayangan. Cari punya cari sampai dalam peti sejuk dengan celah ketiak Jasper pon saya selak dengan penuh keazaman, tak jumpa jumpa jugaaa. Hai sedihnya dalam hati macam nak keluarkan hati ni letak sebelah. Hancur luluh badan dikenang badan sebab terpikirkan betapa banyaknya barang barang berharga dalam purse tu. IC lesen memandu 3 Kad Atm Kad VIP Marrybrown Gambar passport Kad medical. Senang cite macam macam laa. Pasrah jaaa laa kena jadi orang Kemboja kat U nanti. Sobs '.'

Akhir sekali rasa sayang nak tinggalkan semua benda yang dah sebati dengan nadi sepanjang 4 bulan lebih cuti cuti matrikulasi. Jasper, Joanne yang tengah sakit kena tahan kat wad kucing 3 hari, Televisyen, Katil tercinta, Line streamyx yang tak pernah menghampakan, Karaoke box tempat melalak macam orang mati anak, Jusco tebrau tempat mengsosialkan diri dan jugaa Ibu tersayang Puan Nur Azah Khadijah. HUUUUU Harap harap semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. Untuk kawan kawan yang sama sama menempuhi zaman peruniversiti, selamat maju jaya diucapkan. Jom kita banggakan dan balas jasa orang orang yang berdiri di belakang kita, yang menyambut tatkala kita rebah dan sentiasa bersama menghulurkan tangan untuk kita dalam apa jua keadaan sekalipun. Semoga kita semua dirahmati Allah hendaknya. Insyallah. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment