Sunday, August 12, 2012


Assalamualaikum semua. Bertemu kembali kita yaa. HIHI *clapping hand* Nak tanya neh. Anda semua ada kawan sejati ? Maksudnya kawan yang sentiasa ada masa susah, masa senang. Yang tak kisah dan tak merungut bila anda ada masalah.

Mana satu yang lagi bermakna dan lagi penting dalam hidup ni ? Adakah kawan-kawan maya yang langsung tak pernah jumpa dan hanya berkenalan secara ‘ekspress’ atau kawan yang memang dah kenal lama dan dah betul-betul kenal hati budinya? Bagi saya, dua-dua ada kepentingan tersendiri. Alhamdulillah sepanjang berada di mukabuku burung biru sayaruang kawankacau dah macam-macam jenis kawan yang dikenali. Boleh dikatakan lebih ramai dari kawan realiti. Tapi persoalannya berapa ramai yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita kat mukabumi burung biru tu semua ? Adakah kita ditambah sebagai kenalan hanya kerana kita cantik? hensem? kaya? Jawapannya ada pada anda semua. Taklah ckp saya ni cantik ke ap. So jgn tabur fitnah ea HIHI

Bagi kawan realiti, mungkin ramai berpendapat bahawa mereka ni lebih dipercayai untuk menjadi tempat bagi meluahkan atau berkongsi sesuatu. Sebab mereka inilah yang dah betul-betul faham tentang diri anda. Saya juga yakin mesti ada kawan ‘sekepala’ masing-masing kan? So jagalah mereka sebab kadang-kadang kawan yang kita rapat ni lebih mudah terasa bila kita apabila mereka dimarahi atau dipinggirkan. Tapi kena berhati-hati! Ada jugak jenis kawan yang makan kawan. Tak mustahil kawan yang kita percaya 100% sebelum ni akan tikam kita dari belakang kan? Kan kan -.- Ergh marah neh sbb prnah terkena Sobs :(

"Bersahabatlah sampai ke syurga"

Kawan realiti ke maya ke yang penting kita tahu etika dalam berkawan. Tak tegur tak semestinya tak ingat atau dah berubah menjadi SOMBONG ke ape tapi mungkin masing-masing sibuk dan ada tanggungjawab kan so bersangka baik jelah. Biasalah kan sebab memang susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang. Diri sendiri tak mampu jugak nak sapa semua kawan tapi  harap anda baca post kali ni. So berbillion terima kasih diucapkan buat semua yang sudi menjadi kawan insan yang ta berapa nak baik neh. Sesungguhnya pujian, kritikan dan kutukan semua mengajar untuk menjadi seorang yang lebih baik di masa hadapan. Dan apabila ditakdirkan saya pergi menghadap Ilahi suatu hari nanti saya harap ANDA-ANDA semua nilah yang akan sedekahkan Al-Fatihah. InsyaAllah.....

Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata: Engkau juga akan mendapat seumpamanya
(HR Muslim)

Tegurlah andai  tersilap, betulkan andai tersalah kerana setiap manusia ada kekurangan dan Allah menghantar ANDA-ANDA hadir sebagai kawan untuk menjadikan saya lebih sempurna :) Lagi satu, bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam persahabatan Yeah Jumpa lagi semua. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment