Monday, August 27, 2012

Assalamualaikum Hye Hello Konichiwa Vanikaam Saranghae kepada semua yang melewati blog serba daif saya neh HIHI Lama woah ta update kan kan Rindunyaaa kat Bisikan Hati. Ergh Mesti semua nak tau kan Raya saya meriah ke tak * Perasan sungguh kan Haa Raya pertama sampai sekarang setakat ni semua okay okay. Yg penting dah naik 20 kg raya nih. Haish taubat nak diet kt U nanti. Sobs -.- Nanti saham jatuh baru kau tahu echaweyy Hah harini nak berkongsi kegembiraan dan melahirkan ekspresi yang tidak dapat digambarkan langsung dengan kata kata Cewah kan ayat. Tanggal 27 Ogos 1955 merupakan tarikh dimana insan kesayangan saya iaitu Puan Nur Azah Khadijah Koh Binti Abdullah dilahirkan dan tarikh ini tidak akan pernah terlepas untuk diingati disambut dan dikenang oleh saya Insyallah sepanjang saya masih bernafas di bumi indah ciptaan Maha Pencipta ini. Skroll pergi bawahhhh untuk tengok gambar Miss Universe 19 tahun berturut turut dalam hidup saya * Clapping handd dan drum rollss Yihaaa
^
^
^
^
^
^
^
Sila fokus kat kemancungan hidung kebesaran mata kemungilan bibir dan kelekukan dagu Ibu saya ni dimana saya tidak mewarisi langsung kecantikan tersebut Huwaa sedihh Patut tak saya ni tak laku Da la mata sepet pipi tersorong sorong Hidung kembang kuncup HIHI Tak apa nanti bole plastic surgery kan Hah banyak laa kau echa. Memang banyak merepek daripada fakta Hesh

Okay berbalik kepada tujuan post. Saya Nur Aishah Binti Abdullah Anak bongsu Ibu yang paling nakal comel jahat cun melecun ni ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Ibu. Bagi Aishah Ibu tak pernah nampak tua malah semakin muda HIHI Maaf anak ibu ni banyak sangat sakitkan hati ibu selama ni. Sobbss :( Tak berniat pon. Terima kasih jaga Aishah dari lahir sampai Aishah pandai baca ABC sampai Aishah tau curi kuih muruku jiran sebelah sampai Aishah tahu ponteng sekolah sampai Aishah khatam Alquran tp tajwid entah apa apa sampai Aishah masuk asrama sampai Aishah pandai masak telur masak nasi putih dan sampailah Aishah dah nak masuk universiti 1 sept nanti. Aishah selalu doa agar Ibu sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu. Aishah nak Ibu happy sampai tercabut semua gigi pon Aishah tak kesah asal Ibu sentiasa senyum Ibu cantik sangat Jeles ouh. HIHI 

So nak nyanyi ala ala Aiman sikit kan tapi Versi perempuan. Test mic. One.. One.. One two three fourr ____

Ibu bergenang airmata ku 
Terbayang wajahmu yang redup sayu 
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan 
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan 
Tidak pun kau merasa jemu 
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu 
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korban 
Biarpun dirimu yang telah terkorban 
Tak dapat ku balasi akan semua ini 
Semoga Tuhan memberkati 
Kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku 
Andainya pernah menghiris hatimu 
Restumu yang amatlah ku harapkan 
Kerana di situ letak syurgaku 
Tabahnya melayani kenakalan anakmu

Mengajarku erti kesabaran 
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan 
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai 
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah Tuhan 
Ibu yang telah melahirkan diriku 
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku

Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana 
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana.

Hm * Lap airmata. Ibu ibu. Terima kasih sangat sangat. Aishah tahu Aishah banyak buat salah. Semua gambar Aishah dengan Ibu, Aishah cuci letak dalam dompet. Ibu jaa tak tau. Time Ibu marah Aishah, Aishah selalu diam senyap sebab Aishah tahu ibu marah orang lain tapi ibu tak tahu nak lepaskan kat siapa. Ni Aishah post blog setiap tahun time Hari Ibu time birthday Ibu even Ibu tak pernah baca sebab Aishah nak Ibu tau Aishah sangat sayangkan Ibu. Apa apa nanti bila Aishah dah besar Aishah nak bagi semua duit Aishah kat Ibu. Insyaalah selama Aishah masih waras dan mampu Aishah nak bahagiakan Ibu. Mintak maaf sebab banyak susahkan Ibu selama ni. Selamat Hari Jadi Ibu. Semoga Ibu dirahmati Allah dipanjangkan umur selalu. Aishah sayang Ibu. Sangat.

 

No comments:

Post a Comment