Monday, July 16, 2012

Berkongsi

Berita yang tengah hot kat mukabuku skang ni adalah seorang remaja yang mengaku diri dia murtad. Tak sure macam mane la boleh murtad kan. Ni serba sedikit.

Seorang remaja 20-an telah mengaku bertukar status agama nya kepada Kristian. Namanya sudah popular di serata mukabuku kat Malaysia ni. Nama Islam Syahir dan nama Kristian Edward Martin Jesus. Mengikut cerita yang di selidik melalui media massa mendapati yang Syahir ni bertukar agama kerana telah putus cinta dengan kekasihnya Atiqah. Disebabkan terlampau sayangkan kekasihnya itu Syahir merasakan yang Tuhan itu tidak adil maka dia telah mengambil keputusan untuk menukar status agamanya kepada Kristian. Dia berkasih dengan Atiqah tu sudah hampir 5 tahun. Syahir yang telah menjadi kontroversi dengan menyatakan hasratnya untuk membunuh diri pada tanggal 3 Jun 2012 telah mengubah tarikhnya kepada 12 May 2012 dan juga masa untuk dia melakukannya. Cuma tempat sahaja dirahsiakan. Ramai pihak telah mendesaknya supaya berubah dan menasihatinya tetapi Edward tidak mengendahkannya, ad juga yang mencaci dan memaki hamun dia, dan mungkin disebabkan itu Edward mengalami tekanan melampau dan tidak lagi mahu hidup berterusan dalam situasi ini. Antara post dia yang terakhir :




Tidak tahu la kesahihan tuan empunya mukabuku ni. Mungkin hanyalah rekaan semata mata atau pun sebaliknya. Remaja sekarang ni sentiasa bertindak melulu dan tak memikirkan perasaan family dan kawan2 kawan mereka. Putus cinta ja dah nak bunuh diri, ini mungkin akidah yang tak kuat. Salah siapa ? Punca masalah ini masih belum dikenal pasti agaknya. Banyak faktor kot. Kepada remaja lain diluar sana jagalah agama dan imanmu. Jangan laa sesenang hati bertukar tukar agama. Ingat Islam itu kan indah :) Assalamualaikum.


P/s : Diambil dan diedit serba sedikit. Thanks Luqman Hasan.

No comments:

Post a Comment