Wednesday, July 18, 2012

Assalamualaikum semua. Lama ta menjengah blog ni dengan menulis luahan hati nukilan rasa perasaan jiwa yang panjang panjang sampai orang yang baca bosan tahap tapir sebab penulis blog bisikan hati ni asyik menerawang pasal masalah, kesedihan, kebelagak-kan dan macam macam sifat mazmumah yang sewaktu dengannya HEE Diharapkan anda semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan sentiasa diselubungi kegembiraan hendaknya. Saya Alhamdulillah sihat * Bagi siapa yang nak tau laa kan * Pasir Gudang setakat ni kejap demam kejap tak. Kucing saya Jasper dan Joanne pon sihat jugaa tapi belum ad rezeki nak timang anak lagi Err- Mungkin salah seekor mandul HIHI Ibu saya sihat jugaaa * Untuk siapa yang nak jadikan dia mak mentua * Ibu just banyak membebel tapi adat laa kan itu lah sifat ibu yang amat saya sayangi <3 


Okay sebenarnya tak ada tajuk atau tujuan khusus untuk post kali ni. Saya just taip jaa apa yang terlintas di hati kecilku yang susah nak jatuh cinta ni * Kelas kan ayat ____ -.- Pertama, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Pusat pengambilan pelajar UPM atau nama saintifiknya Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang kerana berani mengambil risiko berani mati menawarkan pemilik blog ini yang diberi nama Nur Aishah Binti Abdullah satu tawaran kemasukan pelajar prasiswazah selama 4 tahun di sana. Kursus diberi Bacelor Sains Bioperubatan. Saya janji saya yang malas buat kerja lagi lagi assignment, yang selalu membuta waktu petang, yang selalu buat dek time kuliah siap makan curi curi then pass kt belakang, yang selalu hantar tutorial lambat, yang asyik melayan movie tak sedar esok lusa nak final dan macam macam tabiat buruk lain akan sedaya upaya menahan nafsu nafsu saya * kecuali nafsu ehem ehem * dan berubah demi masa depan saya yang lebih cerah INSYALLAH <<< Syukur tidak terhingga kerana saya diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sesungguhnya peluang ini tidak akan saya sia-siakan.  


Sekarang hidup banyak buang masa dari mengisi masa. Pagi pagi ofcos saya masih membuta lagi. Tengahari pun mungkin still membuat peta benua Afrika di katil tercinta. Then dah bangun tu saya akan mengemas rumah tersayang dan menguruskan hal rumahtangga Jasper dan Joanne termasuklah makan minum dan tandas mini mereka * Sungguh kuat buli mereka berekor kan ? HIHI *Selepas itu saya akan ke kedai ibu yang baru dibuka di No 34, Jalan Serangkai 2, Taman Bukit Dahlia, 81700, Pasir Gudang, Johor. Untuk pengetahuan, ibu membuka stokis menjual produk kesihatan berasaskan sarang burung kebanyakan daripadanya laa dan produk produk yang dijual amat baik untuk kesihatan buat semua golongan. Jemput jemput laa singgah kan. Kesian kat saya sebab taip panjang panjang alamat tadi tu. Siap tekan backspace lima kali sebab ad typing error :p HAA Then buat laa apa yang patut kat kedai. Then balik rumah. Onl whatsapp blogging mukabuku youtube dan sebagainya. Bosan laa jugaa asyik ngadap benda same jaa. Tak berkembang otak tapi nak buat cmne saya kan anak mithali kena laa tolong ibu sementara saya masih boleh tolong kan :)


Saya ni ada banyak masalah. Tapi paling kronik sekali saya rasa saya ni asyik cari pasal jaa dengan orang. Mula mula saya rasa memang patut saya buat macamtu tapi dah lama lama macam tak patut pulak. Tak lama pastu rasa memang patut buat macamtu then tak lama lepas tu tiba rasa bersalah lak. Mana satu pon tak tau laa kan. So last last fikir benda nak jadi, jadilah. Orang kalau dia nak jadi sebahagian dalam diri kita, even kecil mana pon dia akan tunjuk jugak nanti. Saya dah biasa sorang sorang tapi saya nak sangat seseorang teman saya. Kalau tak teman pon atleast dia ambil berat pasal saya macam wish Good night echa atau dia baru bangun dia wish Pagi awak. harap sihat jaa selalu Letak smileys lagi sweet jadinya nanti kan. Sejuk hati saya bila bangun nanti HIHI Tak pon dah 2 3 hari tak kol tak msg then tiba kol lama gila buat saya senyum atau msg bagi alasan macam Sorry lama tak msg Saja nak rasa rindu awak tu perit macam mana. Kan suwitttt bagai kan ___ tapi saya mengharap jaa. If ada orang buat pasni nampak sangat dapat idea suwittt bagai kat mana kan HAHA :D


Hm saya suka bila orang tanya saya sihat tak. Rasa macam dunia ni berbunga bunga dahlia orkid kekwa kasturi durian pon masuk sekali laa =.= Sebab tak banyak orang yang akan buat kat kita macamtu. Once kita anggap orang tu special kat mata, hati kita. Kita tak akan kesah orang lain nak kata apa, even benda kecik hati kuman pon kalau kita terasa, kita akan nangis sedih tertanya tanya kenapa ea dia buat kita macamtu. Takpon kita akan rasa kehilangan teringat even sekejap pon bila orang tu buat dek jaa tak layan tak text kita. Kalau tak suka, taknak janganlah rep text melayan semua. Biar jaa orang tu sorang sorang, so dari awal tak ada laa orang tu rasa kita special .Kan senang cite. Tapi kan jangan dok perasan sangat tros nak buat special bila orang tu rep text HELLO bila kita text dia cakap HYE * Tu sah terdesak sangat kan HUU  * Ada jugaa yang ego so tak boleh nak salahkan dah sifat dia macamtu kan. Terima orang yang kita sayang, cinta seadanya. Tak kira lelaki perempuan ataupun diragui statusnya. Semua sama jaa. Terpulang pada kita nak membeza bezakan mereka di tahap mana mereka diperlukan di hati kita. 


Woah panjang jugakk bila dah melibatkan kehidupan dan perasaan kan HUU Saya ni kalau orang tak kenal mungkin rasa macam nak tumbuk sebab muka macam tenuk tersepit perangkap tak geti nak senyum langsung Dah ramai dah cakap macamtu sebab tu saya berani taip kat sini HIHI Takpon saya buat muka ayam tengah bertelur buat dek jaa kat orang even orang tu dah lambai tangan tahap nak kejang dah otot kat depan saya. Sebenarnya saya okay jaa. Macam manusia biasa yang lain. Kalau yang dah kenal dah pernah bercakap tu mesti okay jaa. Tak secomplicated yang anda bayangkan. Siap anda mungkin boleh jatuh cinta dengan saya tau. Saya ni mulut gula * Orang cakap laa HIHI * Tapi kalau anda berkawan dengan saya atas rasa ikhlas, insyallah ikhlas jugakk laa apa yang anda akan dapat daripada saya. Selamat malam semua. Saya sentiasa mendoakan agar ukhuwah ini akan sentiasa terjalin. Maaf andai ada tertaip yang tidak berapa sedap dibaca. Semoga anda semua dirahmati ALLAH selalu. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment