Sunday, July 29, 2012

Assalammualaikum. Nak share sikit cabaran hidup kat U daripada seorang senior ni. Dia cakap :



Istilah tidak pandai ataupun kurang pandai ,sebenarnya tak wujud. Yang wujud hanyalah istilah pemalas.  Bila kita malas nak buka buku untuk study, malas nak buat assignment, malas nak pergi kuliah ataupun malas nak dengar lecturer kat depan tu pot pet pot pet, itu sebabla kita akan jadi seperti tidak pandai ataupun kurang pandai . Cuba kalau kita tukar perkataan malas tu menjadi rajin. Insya-Allah, memang andalah calon-calon dekan. Tu sebabla ada istilah usaha tangga kejayaan.


Seriously, bila masuk universiti, persekitarannya sangat lain. Semuanya kena depend pada diri sendiri. Sebabnya, lecturer hanya bagi 30 % je. Lagi 70 semua berbalik kepada diri sendiri. Harus diingati, kita ni bukan budak sekolah yang 80% nya datang daripada cikgu. Tak tahu jawab, kita mesti jumpa cikgu sampaila kita faham. Kalau dekat universiti, pensyarah ajar faham,baguslah. Tapi, kalau dalam kelas lecture pun tidur, lepas tu balik just buat donno, tak ad keinginan nak buat revision bagi faham apa yang diajar oleh lecturer tu, alamat lingkupla. Tambah pulak dgn assignment yang datang sekaligus dan berlambak, quiz, test lah bla bla bla



Tu sebab ramai yang akan stay up kalau esok nak exam. Konon senang nak masuk. Tapi, betul ke? Bila malam tu baru nak faham A-Z, mmg harapanla nak jawab dengan baik pada keesokan harinya. Kecuali kalau jenis yg mmg sekali baca je terus melekat dalam kepala tu. Then,bila dah dapat result, timbul pula rasa menyesal.


"Kenapa aku tak belajar?"


"Kenapa aku asyik main jaa dalam kelas?"

Membebel dan terus membebel dan muka pun jadi masam for 2 days. Sampaikan makan tak lalu, mandi tak basah segala bagai. Dan akhirnya, setelah penat membebel, muncul pulak satu inisiatif untuk belajar dan azam menjadi tinggi tba-tiba. Tapi, berapa lama pun boleh tahan. Seminggu? 5 hari? Persoalan tu semuanya terletak di bahu kita sendiri.


Nak tak nak,kita kenalah push diri. Biarlah sakit dahulu, agar kemudian hari ada hasilnya. Dari senang dahulu, lepas tu menangis kemudian hari bila tengok kawan kawan yg lain makin maju ke hadapan berbanding kita makin mundur ke belakang. Cuba bayangkan, kalau dekat U, tempoh kutip ilmu di setiap pelosok bangunan tu sangatlah sekejap saja. Pejam celik, pejam celik. Tak akan terasa yang masa untuk korang stay kat U tu hanya tinggal sebulan je lagi. Tapi,kalau dekat sekolah, belajar benda yang sama for about 2 years or 3 years. Cuma tula, tiap tahun, ilmu akan makin bertambah dan mendalam sebab aras subjek tu semakin tinggi. So within 2/3 years, banyak masa nak HUHA HUHA. Kalau dekat U, buat macam tu selalu, lingkuplaa anda.



Makanya, jika kita anggap SPM tu dah paling susah sbb kena hafal apa itu biologi, kimia, fizik mahupun addmath, anda salah. Sebab kalau lepas SPM, pilih amik science stream, cabaran lagi besar pasti sedang menunggu anda. Apa yang belajar time SPM tu, just basic. Masa kat U, barula tahu bahawa betapa berharganyalah ilmu ni untuk bekalan dunia akhirat kelak.

So, hidup di U ni banyak dugaan dan cubaannya. Kalau tak ditekadkan diri, mahu hanyut tak pun kalau paling sadis, terkapai-kapai di lautan tu hah HIHI Stress, mengeluh. Tu dah jadi kawan baik setiap pelajar universiti. Tak salah mengeluh, sbb yelah kalau asik pendam dalam hati, tak ke susah jiwang menjiwang sorang-sorang. Silap-silap muncul penyakit lain before grade. Kan susah tu. So chill ja okay. Goodluck yang bakal menempuhi alam universiti.

No comments:

Post a Comment