Thursday, June 28, 2012

KAWAN

Macam biasa Assalamualaikum kepada anda semua wahai pembaca yang budiman * peh perasan habis kau Aishah konon ramai sangat aa nak menghadap blog kau ni kan * * Eh sukahati aku laa nak perasan kau nak jeles bagai ni asal ? * HAHA -.- Maaflaa mood tak berapa nak okay Tu cakap dengan hati sendiri :p ERR - Well apa khabar semua ? Diharap sihat sentiasa * bercakap dalam nada zombie Jap lagi game Spain dengan Portugal nak start daa tapi tangan gatal nak share pasal kategori kawan dalam hidup saya. Saya tahu anda semua tak sabar nak tahu kan MUAHAHAHA to infinity * peh memang serius tak LAWAK Aishah * * Okay hati, I'll stop it

Terus kepada tujuan post. Bilamana saya jumpa ramai orang, baru saya akan tahu yang manusia ni berbagai ragam rupanya. Betul gilaa apa yang makcik-makcik kat kampung saya cakap waa cakap lu ! Rambut tu sama hitam, tapi hati lain-lain. Tapi nanti saya nak tanye makcik-makcik tu balik dia orang nak rambut warna lain tu macam mane. Mesti tergagap makcik-makcik kat kampung saya nak jawab kan * berdehem sambil mengetuk kepala sendiri. Senang cita ini sama dengan kisah saya yang dah jumpa bermacam-macam jenis warna rambut dan hati. Tapi yang peliknya, walaupun kita lain-lain, tapi yang satu tu tetap kita sama, KAWAN. Tapi hati hati sebab bukan TEMAN SELAMANYA * Betul betul betul ala Sin Chan :D

Percaya atau tak, orang yang kita selalu pilih untuk jadi kawan kita, kebiasaannya mempunyai ciri ciri atau pun mesti kena ada iras iras sikap, habit atau perangai dia yang sama atau mirip dengan kita. Dalam erti kata lain, nak jadi kawan kena ada chemistry. * Kelas kau jah. Pendek kata, kalau orang tu kontra dengan kita, memang tak kan jadi kawan la. Kalau kawan pun, biasa biasa jaa. Ibarat kenal tak kenal mcm tu lah kannn. Macam mana kawan kau, macam tu lah kau . * tak semestinya laa wey. Eh pulak ? Kata BFF. Mesti lah sama kan ? Kalau BFF I tu hot, I lagiii hott ! * Sigh dgn mata juling HIHI Tapi kan sekarang budak budak cerdik. Dia pandai pilih kawan. Bagus *** Realitinya, kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis kau tinggal lah sorang sorang. Tak kuasa aku nak melayan. BFF ke tu anda semua yang bijaksana ? Tidak sama sekali bagi saya.

Yang pertama  KAWAN MAKAN KAWAN

Term kawan makan kawan ni dah lali sangat saya dengar. Siap jumpa lagi spesies paling laku kat pasaran ni. Siap kena lagi Bertuah betul badan kan HAH Jenis yang macam ni dia selalu ambil kesempatan kat kita. Tak kira la time tu kita tengah senang atau susah. Apa yang penting bagi dia, dia selamat dan hidup senang. Jenis yang ni jugak suka ceritakan keburukan kita pada orang lain. Saya rasa, kalau anda semua ada maklumat yang nak disebarkan dengan cepat, cari jaa orang yang jenis macam ni. Satu Malaysia tersebar nanti. Bahaya tu * Kus semangat

KAWAN TAK BERAPA MAKAN KAWAN

Bagi yang ni pulak, dia bukan jenis yang selalu amek kesempatan kat kita. Tapi bila sampai satu masa tu dia terdesak sangat, dia akan makan kita jugaa. Maksudnya, dia akan ambil kesempatan kat atas diri kita bila perlu. Saya ada jugaa jumpa makhluk ni. Bagi saya mereka ni lagi bahaya daripada spesies pertama. Okay seterusnya.

KAWAN BATU

Ini pulak bagi pada kawan kawan saya yang jenis tak kisah apa pun yang terjadi. Bagi mereka, saya nak buat apa saya punya pasal asalkan saya tak ganggu hidup mereka ni tadi. Senang cita bole diumpamakan yang saya tengah bercakap dengan pakaian dalam yang lembap di ampaian * Woah 18SG nyah HAHA Bagi saya spesies ketiga ni paling ramai saya jumpa setakat ni. Hal saya hal saya, hal mereka hal mereka.

KAWAN BILA PERLU

Hah spesies keempat ni paling ramai dalam list kawan kawan saya. Bila saya dok tengah famous ke dapat One million money drop ke Menang banglo sebijik ke Ada kawan hensem kaya ke Nak pergi Paris shopping ke Atau saya baru dapat pangkat Datin ke baru saya nampak spesies spesies ni melekat twenty four seven dengan saya. Tapi anda semua kena tahu. Time saya susah sedih kecewa frust sampai tertonggeng tonggeng, mereka ni semua lesap. Terus masuk pelita Aladin Tak dapat kesan langsung. Hebat kan jenis kawan saya yang keempat ni ? * Tangan di bahu, mata ke atas, lidah dijelirkan 

KAWAN DUNIA AKHIRAT

Lastly, jenis kawan yang diidamkan oleh semua orang kat dunia ni. Ciri kawan yang kelima ni senang jaa. Bilamana saya melihat atau teringat padanya, saya akan ingat pada kebaikannya bukan kesalahan yang pernah dia lakukan Pada kesungguhannya memahami saya Pada keikhlasan dia untuk terus berhubung dan menjaga hati serta menerima saya seadanya Yang tidak lupa hari hari penting dalam hidup saya Yang mendoakan kesejahteraan saya di dalam solatnya Yang menjadi semangat kepada saya jika saya terjatuh. Dipendekkan cerita, kawan yang ada time kita susah dan senang. Dia sudi menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Dia juga akan cegah kita daripada membuat keburukan dan akan bersama-sama dengan kita dalam membuat kebaikan. Yang bestnya, dia adalah penyimpan rahsia yang terbaik. Hm tapi sayang kawan jenis ni tak ramai. Sedikit sangat bilangannya. Saya pun harap saya menjadi jenis kawan yang kelima ini dan akan sentiasa mencuba memperbaiki diri saya sampai kawan kawan saya meletakkan saya dalam golongan yang kelima ini Insyallah AMIN.

Baiklah, jadi anda semua bagaimana ? Dalam jenis manakah anda kepada kawan kawan anda ? Kepada anda semua yang mengenali saya, maaf jika kawan anda yang comel * sumpah kau perasan doh * ini tidak selalu menepati piawaian yang anda inginkan, sering membuat anda kecil hati, menangis Tergurau secara berlebihan Mengumpat tak bertempat atau yang sewaktu dengannya. Sesungguhnya, tiada niat untuk membuat anda marah kecewa sedih kerana kita semua tidak sempurna kan ? * Sedih betul kalau bangkitkan isu kawan mengawan ni SOB Kepada yang sudah bertemu kawan dunia akhirat anda, jagalah hargailah dan sayangilah mereka seadanya. Jangan biarkan mereka rasa tidak diperlukan dan jangan apabila mereka pergi, baru anda merasai kehilangan tersebut. Semoga anda semua dirahmati ALLAH selalu Assalamualaikum.

P/s : Bagi saya, kawan yang baik sebenarnya adalah seorang kawan yang apabila dia tahu 
kelemahan dan kekurangan kita, dia tetap terima kita sebagai kawan. Bukan sebaliknya. Wallahualam