Tuesday, May 22, 2012

1 Rejab

Berlarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia anda sekalian. Post kali ni nak berkongsi nasihat pedoman iktibar sedikit pasal hidup kita kat bumi pinjaman Yang Esa ni. Insyallah. Bagi saya hidup ini tidak semudah kita membaca ABC ataupun menulisnya. Kehidupan yang baik harus di cari dengan usaha kita sendiri sebab saya sendiri pernah rasa yang hasil yang kita dapat dari usaha sendiri lebih terasa nikmatnya. Tak tau la anda macamana kan. Sebab bagi saya banyak kelebihan.

Lagi satu, trend hidup sekarang bukan lagi seperti dulu. Sekarang semuanya kena bersaing dan kena pandai mengambil peluang yang ada kat depan mata. Yang buruk tu mintak mintak la dijauhkan hendaknya AMINN hmm Bila dah dapat peluang mestilah jalankan amanah itu dengan baik. Janganlah asyik nak kerja senang ja tapi nak raih banyak. Ukur sendiri la anda oyy. 

Untuk terus hidup di dunia era globalisasi tanpa sempadan ini kena berani untuk mencuba. * ceh ayat aku kan HIHI Jadi kita kenalah berani untuk mencuba sesuatu perkara baru. Tapi nak cuba perkara baru pun bukan main redah je. Buat soal selidik dulu ke apa ke pasal segala kelebihan dan keburukan. Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya kan ? HIKS * rindu Puan Hajah Miamon cikgu Bahasa Malaysia time kt SIGS dulu :(

Akhir kata sempena 1 Rejab mengikut kalendar Islam ni Walau sesibuk mana mencari bekalan hidup di dunia jangan pula dilupakan bekalan di akhirat nanti. Kalau boleh bagi laa seimbang. Ini peringatan ikhlas untuk anda semua dan paling penting untuk diri saya sendiri. Semoga tahun 2012 memberikan kita semua sinar kebahagiaan dan dimurahkan rezeki. 

Berlarilah tanpa lelah 
Sampai engkau meraihnya

Yang ikhlas, Bisikan Hati