Sunday, April 29, 2012


Jap jap. Nak share sesuatu untuk renungan bersama. Sebenarnya kan perasaan sedih dan bimbang masih lagi lekat di hati saya. Saya rasa sepanjang hidup, pada masa inilah saya mengalami perasaan sedih paling lama. Tapi daripada perasaan sedih ini, banyak saya belajar, banyak perkara saya temui. Sepanjang saya sedih ini, saya cuba berfikir dan menilai kembali kehidupan saya secara keseluruhan. Dari mula saya tadika sampailah sekarang. Alhamdulillah, tiada perkara yang saya rasa sangat berat saya lalui. Bahkan, perkara-perkara pahit yang pernah saya lalui lebih banyak yang manis. Mungkin apa yang saya lalui sekarang, saya hanya tersenyum bila teringatkannya suatu hari nanti.

Saya sebenarnya terlupa untuk bergantung harap kepada Allah apabila dilanda kekecewaan dan kesedihan. Yang  saya fikir sebelum ini hanyalah berusaha. Berusaha dan mencari jalan penyelesaian dan hanya terfikir untuk berusaha mencapai apa yang saya impikan. Tapi cara saya guna tu salah. Hmm

Bila saya fikir balik, kenapa saya selalu sedih kebelakangan ini, mungkin akibat kegagalan saya menggalas tanggungjawab yang diberi. Saya akui, banyak kelemahan diri ni dan kelemahan itulah sebenarnya yang sepatutnya menjadi kelebihan seseorang. Dan dari situ, saya sedar saya sepatutnya memperbaiki diri walaupun sedikit. Sekurangnya mencuba. Bukan mencari jalan keluar tanpa berusaha untuk memperbaiki diri. Harap dimaafkan jika saya terlalu menyusahkan orang sekeliling. Sampai mungkin mereka terpaksa menderita akibat saya yang lama. Maaf.

Kali ini saya rasakan kehidupan paling sukar. Paling sukar. Terlalu sukar sehingga kadang-kadang termenung memikirkan jalan keluar. Tidur tak lena. Makanan sedap tak terasa sedap. Cerita kelakar terasa membosankan. Orang ketawa saya hanya mampu tersenyum. Kehidupan yang sukar sebenarnya mengajar kita. Mengajar kita supaya lebih kuat menghadapi kehidupan yang mendatang yang mungkin lebih sukar. Sekarang, hanya perlu bersabar dan menahan. Ikhlaskan hati menerima dugaan ini. Biarpun terasa sebak di hati dan kepala. Mohon kepada Allah agar dikeluarkan daripada beban masalah ini.

Walau diri dihimpit rasa duka dan tertekan, jangan dilayan sentiasa perasaan itu. Cari peluang untuk menggembirakan diri sendiri. Tapi bila melihat kehidupan orang lain, timbul juga rasa iri hati. Iri hati melihat kehidupan mereka gembira dan seronok. Tapi saya cepat cepat buang perasaan itu. Setiap apa yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Orang yang berjaya dan bahagia juga selalunya pada permulaan hidup diberi ujian dan kehidupan yang sukar. Apapun, dalam hidup kita kena yakin dan percaya dengan rahmat dan pertolongan Allah.

Pada saya yang baru sekarang Insyallah, perasaan sedih membuatkan kita mencari dan belajar. Berbanding perasaan gembira yang mungkin tidak memberi apa-apa pengajaran pun :)