Sunday, September 4, 2011

SAHABAT ITU SEHARUSNYA ;

  1. jujur antara satu sama lain .kalau tidak suka , katakan sahaja tidak suka dan jika bagus , jangan ragu ragu untuk memuji .
  2. saling berhubung ! sesibuk mana pun kamu , kamu dan sahabat perlu saling bertanyakan khabar antara satu sama lain .jangan sesekali merasakan kesuntukan masa untuk meluangkan sedikit masa bersama sahabat .
  3. saling kenal-mengenali individu terdekat masing masing .
  4. berbangga dan menyokong dengan setiap kejayaan sahabat sendiri .ta kiralah kejayaan itu dari segi hubungan atau karier ataupun pelajaran .
  5. jangan menyimpan perasaan sakit hati sesama sahabat .sebaliknya jadilah individu yang memahami serta pemaaf .
  6. selalu luangkan masa untuk menjadi pendengar yang baik kepada sahabat .meskipun kamu tidak berkemampuan menyelesaikannya ,sudah memadai sekiranya kamu menjadi pendengar yang setia .
  7. bijak membaca situasi .luangkan masa untuk menyendiri .dalam persahabatan tidak semestinya semua hal masing masing perlu diketahui .kamu dan sahabat masih memiliki zon privacy .
  8. boleh dipercayai .jangan sampai membocorkan rahsia sahabat kpd orang lain .