Monday, January 3, 2011

SIGS MENGGAMIT MEMORI

2006
Langkah kakiku tenang 
menyusur blok Purbawisesa itu
pesan Ibu kukuh terpahat di minda
agar kuberdikari
berdiri di atas kaki sendiri
kukuatkan semangat
kubulatkan tekad
demi menggamit menara impian itu .

2007
Tahun keduaku di bumi SIGS ini
aku semakin selesa menapak
kuceburkan diri dalam lapangan sukan
kuberanikan diri tampil ke hadapan
demi pengalaman
demi memorabilia pada hari muka .

2008
Langkah kakiku rapuh
aku bingkas tersentak dari lena yang panjang
kata Umi , PMR satu platform
untuk menilai ujian yang bakal menghambat
dalam kesibukan waktu
aku luangkan masa menguliti ilmu
demi segaris senyum ibu
Alhamdulillah Disember itu
pentas Dewan Budi jadi saksi kejayaanku .

2009
Fikiranku bercelaru , keliru dan buntu 
perlukah aku tinggalkan bumi SIGS ini ?
lantas aku tetapkan hati
di sini aku juga bole manjadi bintang
kuteruskan perjuangan
mendampingi guru yang membakar diri
dan mencontohi rakan yang bermatlamat
pertukaran opsyen membebankan diri
namun kuteruskan mangatur langkah
memacu kejayaan .

2010
Langkah kakiku longlai
segalanya bakal didefinasikan 
pada tahun keramat ini
padang hijau itu tempatku berjinak-jinak
bergendang dengan rakan-rakan seperjuanganku
kusedar kuperlu bangkit
kerana penentu wawasanku bakal menjelang
wajah tenang Ibu terbayang-bayang
dengan segunung harapan di pundakku
pergorbanan guru yang tidak terbeli
tidak sanggup aku cemari
dengan air mata penyesalanku nanti
aku tekad , aku nekad
aku tidak akan berpaling lagi
kuharungi masa yang tersisa
kuhargai saat bahagia 
semoga apabila aku kembali 
ke bumi SIGS ini nanti
pentas Dewan Budi akan sekali lagi
menjadi saksi kejayaanku .

TERIMA KASIH SIGS
SEINDAH WARNAMU SEHEBAT NAMAMU

kasih sayang peluk cium ,
Nur Aishah Binti Abdullah .

No comments:

Post a Comment